fbpx

Kim Kardashian pertahankan pembunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM KARDASHIAN kasihan adik-beradik Menendez yang dirasakan terpaksa membunuh kerana tertekan menjadi mangsa dera seksual, fizikal dan emosi.

SELEBRITI sensasi Kim Kardashian mengesa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) agar membebaskan adik-beradik Lyle Menendez dan Erik Menendez yang kini berdepan hukuman penjara kerana didapati bersalah membunuh kedua orang tua sendiri iaitu Jose Menendez dan Kitty Menendez pada 1989.

Kardashian yang telah meluangkan masa bertemu dengan dua adik-beradik itu di RJ Donovan Correctional Facility di San Diego, California, berharap setidak-tidaknya pihak mahkamah dapat mempertimbangkan semula hukuman penjara hampir 35 tahun ke atas Lyle dan Erik.

Selepas mengadakan pertemuan di penjara pada 21 September lalu, Kardashian berkata, mereka merupakan lelaki yang baik, bijak dan jujur.

“Saya minta mahkamah dapat mempertimbangkan tempoh hukuman. Mereka terpaksa membunuh kerana tertekan menjadi mangsa dera seksual, fizikal dan emosi,” katanya memetik laporan E! Online.

Kardashian membuat keputusan untuk bertemu dengan adik-beradik Menendez selepas tertarik dengan siaran dokumentari bertajuk Monster: The Lyle And Erik Menendez Story.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI