fbpx

Kesemua 21 rakyat Malaysia di Lebanon berjaya dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan rakyat Malaysia yang selamat tiba di KLIA dari Lebanon.

PUTRAJAYA – Misi evakuasi semua warga Malaysia dari seluruh Lebanon berakhir apabila kumpulan terakhir terdiri empat orang selamat dibawa keluar dari negara itu hari ini.

Sumber Kedutaan Besar Malaysia di Beirut ketika dihubungi memaklumkan, pihak pejabat misi diplomatik sudah selesai melaksanakan pemindahan itu.

“Kami telah berjaya operasi evakuasi kesemua 21 rakyat Malaysia dan juga tanggungan mereka dari Beirut. Keselamatan mereka kekal menjadi keutamaan kerajaan,” jelasnya.

Proses pemindahan warga Malaysia mula dilakukan pada lewat 3 Oktober lalu dengan kumpulan pertama melibatkan seramai empat orang tiba pada 4 Oktober.

Mengulas lanjut, sumber mengesahkan kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dengan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Beirut.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan bekerjasama baik dalam menjayakan operasi evakuasi tersebut,” tambahnya.

Semalam, dua kumpulan warga Malaysia selamat tiba di KLIA dengan masing-masing terdiri enam orang sekeluarga pada sebelah pagi serta baki enam lagi lewat malam tadi.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan bahawa Duta Besar Malaysia, Azri Mat Yacob akan terus kekal di Beirut demi tugas dan amanah dipertanggungjawabkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI