fbpx

‘Kebahagiaan yang lebih besar’ – Fazura ‘up’ status tawakal aturan Ilahi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ketika ini sudah ditetapkan Tuhan.

PETALING JAYA – Ketika ramai menanti penuh debaran mengenai status rumah tangga dengan suaminya, Fattah Amin hari ini, pelakon Nur Fazura terus mengundang perhatian ramai apabila memuat naik petikan tentang keyakinan terhadap setiap perkara yang berlaku.

Menurut Fazura, dia percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ketika ini sudah ditetapkan Tuhan dan yakin akan diberikan kebahagiaan lebih besar kelak.

“Sentiasa yakin dengan perancangan Allah SWT.

“Sentiasa meletakkan sepenuh kebergantungan, harapan dan tawakal pada aturan Allah. Anda mungkin tidak melihatnya sekarang, tetapi ketahuilah bahawa Dia sedang membawa anda ke satu kebahagiaan yang lebih besar, insya-Allah,” katanya.

Bukan sahaja tentang aturan Tuhan, bintang drama Hero Seorang Cinderella itu turut memuat naik petikan mengenai menerima segala perkara yang berlaku dalam hidup meskipun bukan seperti yang diinginkan.

“Anda perlu menerima apa sahaja yang bukan ditakdirkan untukmu, sama seperti kau menerima apa yang ada,” ujarnya.

Hari ini, status rumah tangga Fattah dan Fazura akan menjadi tumpuan utama apabila prosiding tuntutan perceraian aktres itu terhadap suaminya yang memasuki episod kedua dijangka berlangsung pukul 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Sebelum ini, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, belum bersedia menceraikan isterinya itu ketika prosiding pertama pada 25 September lalu.

Ketika prosiding sama, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, pula nekad mahu berpisah demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI