fbpx

Kami reda, doa yang baik-baik buat mereka – Mentua Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mentua Fazura reda dengan apa yang terjadi terhadap anak dan menantu mereka.

SHAH ALAM – Hadir memberikan sokongan moral, ibu bapa kepada pelakon Fattah Amin reda mendepani situasi yang melanda rumah tangga anak dengan menantu mereka, Nur Fazura.

Akui Mohd. Amin Musa, 57, dia dan isterinya, Azizah Abdul Ghani, 54, hanya mampu berlapang dada menerima segala ketentuan Allah.

“Kami cuma doakan yang baik-baik untuk Fattah dan Fazura.

“Apa yang berlaku ini kami reda. Harap yang terbaik untuk cucu kami jua,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.

Selain ibu bapa, kehadiran Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, pada prosiding kedua permohonan cerai diajukan Fazura itu turut diiringi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit sah bercerai apabila Fattah cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI