fbpx

Honda Day dikutuk, hadiah utama Accord lama cat lusuh berharga RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Honda Accord SM4 yang dikeluarkan pada tahun 1991 yang berharga RM3,500 merupakan hadiah utama penganjuran Honda Day.

PETALING JAYA – Budak-budak Honda nampaknya sedikit kemurungan hari ini apabila acara tahunan gah mereka yang dikenali ‘Honda Day’ yang dilangsungkan Sabtu lalu mendapat kecaman menyeluruh hari ini.

Apa yang menjadi perhatian apabila hadiah utama penganjuran tersebut adalah kereta Honda Accord SM4 yang dikeluarkan pada tahun 1991 yang berharga RM3,500.

Kegigihan netizen mencari di mana asal Honda Accord tersebut membuahkan hasil apabila hantaran asal penjual kereta tersebut ditemui hari ini.

Melalui iklan di laman sosial Facebook, Accord hitam lusuh yang belum dicat itu dibuka untuk jualan pada 14 Ogos lalu dengan harga hanya RM3,500.

 

Bukan itu sahaja, menjadi pendebatan umum apabila peserta yang ingin menyertai acara cabutan bertuah perlu membeli baju acara terbabit dengan harga RM80 sehelai dan beg RM10.

Sebelum hari penganjuran Honda Day 2024 pada Sabtu lalu di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung, isu hadiah utama itu telah kedengaran apabila ramai peserta yang tertanya-tanya berkenaan hadiah cabutan pertama.

Ramai yang beranggapan, acara besar yang menghimpunkan semua pemilik kenderaan jenis Honda yang menjadi kebanggaan anak muda Malaysia ini mampu menyediakan hadiah seperti Honda Civic FN terbaharu.

Ternyata anggapan tersebut meleset apabila acara yang dikatakan berjaya menjual lebih 8,000 helai baju itu hanya menyediakan Honda Accord bercat lusuh berharga RM3,500 sahaja. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI