fbpx

Hoki: Terengganu belasah N. Sembilan 10-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FITRI (kiri) antara bintang kebangsaan yang mewakili Terengganu pada saingan Piala Tun Abdul Razak kali ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Terengganu meneruskan rekod hebat dalam saingan Piala Tun Abdul Razak 2024 apabila kali ini membelasah Negeri Sembilan 10-0 dalam perlawanan kelima di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru sebentar tadi.

Menariknya, penyerang prolifik skuad kebangsaan, Faizal Saari berjaya meledak lima gol dalam aksi itu yang turut menyaksikan seorang lagi penyerang Speedy Tigers, Mohamad Akhimullah Anuar Esook meledak hatrik buat Terengganu.

Baki dua lagi gol Terengganu dijaringkan oleh Darwisy Hamdan dan Muhammad Adam Haiqal Abdul Razak.

Ketua Terengganu, Wan Muhammad Hazrul yakin mereka berada pada landasan terbaik untuk merebut kembali kejuaraan Piala Tun Abdul Razak 2024 setelah mendahului kumpulan B dengan rekod sempurna 15 mata.

Setelah hanya muncul naib juara pada edisi 2019 dan 2020, Terengganu kini mengidamkan untuk mengakhiri kemarau kejuaraan yang kali terakhir dinikmati pada 2016.

Hazrul turut menaruh harapan tinggi dengan kehadiran bintang-bintang kebangsaan yang memperkuatkan pasukan termasuk Faizal dan adiknya, Mohd. Fitri Saari serta penjaga gol berpengalaman, Zaimi Mat Deris.

“Sasaran tahun ini jelas, kami mahu merebut kejuaraan. Dengan barisan pemain Malaysia seperti Fitri, Faizal dan Zaimi serta beberapa pemain senior berpengalaman lain, peluang untuk menjuarai semula piala ini tidak boleh dilepaskan,” katanya.

Terengganu setakat ini berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan dan berharap untuk meneruskan prestasi cemerlang itu menjelang baki  perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Sabah pada Rabu ini.

“Prestasi pasukan semakin baik. Kehadiran pemain senior dan muda daripada skuad Sukma (Sukan Malaysia) Terengganu yang baru menyertai kami untuk Piala Razak tahun ini telah meningkatkan keserasian dan persefahaman dalam pasukan,” tambah Hazrul.

Dalam masa sama, Hazrul tidak menafikan cabaran getir menanti daripada Pahang dan Perak yang turut mempamerkan prestasi cemerlang dan menyatakan kedua-dua pasukan itu bakal menjadi pesaing utama dalam perebutan gelaran juara edisi kali ini.

“Pahang dan Perak adalah dua pasukan yang perlu kita awasi. Pahang kini telah mendominasi Kumpulan A dengan mengumpul 12 mata penuh, jadi mereka pasti akan berikan tentangan hebat dalam perebutan kejuaraan,” ujar Hazrul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI