fbpx

Harimau Malaya kekal di bawah kendalian FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya akan terus berada di bawah seliaan FAM namun satu unit khas bakal ditubuhkan bagi menjaga keperluan pasukan.

PETALING JAYA – Cadangan untuk menswastakan Harimau Malaya tidak pernah wujud dan skuad kebangsaan tidak akan pernah ‘bercerai’ dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun selepas ini satu unit khas bakal diwujudkan dan ia akan bertanggungjawab penuh bagi mengendalikan skuad senior dan juga pasukan Bawah 23 Tahun (B-23).

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata skuad kebangsaan tidak akan dipisahkan dengan FAM selaku badan induk bola sepak di Malaysia dan idea berkenaan lebih menjurus kepada misi untuk tambah baik pasukan pada masa akan datang.

“Sebenarnya, tidak timbul isu pasukan kebangsaan diswastakan sebaliknya pasukan kebangsaan akan ada satu unit khas termasuklah bagi menjaga skuad B-23. Unit ini akan bertanggungjawab kepada Presiden (Tan Sri Hamidin Mohd Amin) dan Exco FAM.

“Cuma peruntukan untuk ini akan dijaga khusus supaya dana yang ada tidak digunakan kepada lain. Idea ini adalah daripada Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pastinya idea ini tercetus bagi bantu pasukan dan tambah baik skuad kebangsaan,” katanya, ketika ditemui selepas Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025, hari ini.

Unit khas yang bakal ditubuhkan ini sedikit berbeza berbanding Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan sedia ada dan ia akan memberikan fokus lebih kepada skuad senior dan B-23,

Bagaimanapun Mohd Yusoff menjelaskan setakat ini belum ada senarai calon yang akan mengetuai unit khas berkenaan namun ia akan dijangka diputuskan sebelum berakhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI