fbpx

‘Fattah abaikan nafkah saya dan Fatima setelah sekian lama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura ketika ditanya soalan oleh wartawan.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Nur Fazura Shariffuddin mendedahkan antara punca yang mendorongnya untuk menfailkan perceraian adalah disebabkan bekas suaminya, Fattah Mohd. Amin berlaku curang di belakangnya.

Selain itu, Fazura, 41, turut mendakwa Fattah,33, culas memberi nafkah kepadanya dan anak perempuan tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, 4, sejak sekian lama.

“Fattah telah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima setelah sekian lama.

Kedua, kami tidak sefahaman lagi, saya dah lama tak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan, tapi saya tetap bertahan dan telan apa saja walapun pelbagai tohamahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya.

“Ketiga, yang saya tak boleh terima lagi ialah Fattah berlaku curang terhadap saya. Saya ada bukti. Dalam dua tahun saya tak bahagia, saya tak percaya dengan penceraian jadi saya diam, umum tahu saya sayangkan Fattah macam mana sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Rendah Syariah Subang Besari, Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular itu akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadix

Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI