fbpx

Fattah tahu ‘sesuatu’, bersetuju untuk tidak fail nusyuz terhadap Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah ditemani bapanya di Mahkamah Syariah Subang Bestari sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pelakon Fattah Amin tampil mendedahkan bahawa dia sedang menyimpan satu rahsia yang melibatkan bekas isterinya, Fazura.

Fattah atau nama sebenarnya Fattah Mohd. Amin, 33, berkata, perkara itu tidak mahu didedahkan kerana dia dan Nur Fazura Shariffuddin, 41, sebelum ini telah bersetuju untuk menjaga aib masing-masing.

“Saya sebenarnya ada tahu suatu benda, tetapi kita (Fattah dan Fazura) dah bersetuju untuk tak nak buka aib masing-masing. Saya pun dah bersetuju untuk tidak failkan nusyuz.

“Janganlah (Fazura) buat benda-benda yang bukan-bukan macam ini (pendedahan), memalukan apa semua. Saya tak nak,” katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Rendah Syariah Subang Besari, Shah Alam, hari ini.

Tambah Fattah, dia tidak mahu terus bergaduh dengan bekas isterinya itu kerana sedar situasi tersebut hanya akan memberi kesan buruk kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya, 4,.

“Malu lah anak saya nanti, dah besar dia boleh tengok mummy dan daddy dia bergaduh cara macam ini. Saya tak nak, saya kesian ke dia,” katanya.

Terdahulu, selepas selesai proses perceraian, Fazura mendedahkan antara punca yang mendorongnya untuk menfailkan perceraian adalah disebabkan bekas suaminya itu berlaku curang di belakangnya.

Selain itu, Fazura turut mendakwa Fattah culas memberi nafkah kepadanya dan anak perempuan tunggal mereka serta tiada lagi persefahaman antara kedua-duanya.

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular itu akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadi.

Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI