fbpx

EPL: Liverpool hilang penjaga gol bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON terpaksa disisihkan untuk beberapa minggu kerana kecederaan ketika menentang Palace kelmarin. - AFP

LONDON – Tiga mata yang diraih hasil kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park kelmarin nyata cukup mahal buat Liverpool yang kini terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utamanya, Alisson Becker.

Pengurus The Reds, Arne Slot mengesahkan penjaga gol Brazil itu akan tersisih untuk tempoh beberapa minggu, malah turut berdepan kebimbangan mengenai keadaan tonggak tengahnya, Alexis Mac Allister.

“Kecederaan ini akan mengambil masa beberapa minggu dan ia bermakna Alisson tidak akan bersama skuad Brazil. Saya juga tidak jangkakan dia akan kembali pada perlawanan pertama selepas rehat antarabangsa.

“Sudah pasti ia akan beri tamparan apabila penjaga gol sehebat Alisson mengalami kecederaan tetapi di Liverpool kami ada pilihan kedua berkualiti di setiap posisi.

“Caoimhin Kelleher juga sudah buktikan yang dia adalah penjaga gol hebat dan mampu menghadirkan impak kepada keputusan pasukan,” katanya.

Bintang dari Portugal, Diogo Jota muncul wira The Reds selepas menghasilkan gol tunggal perlawanan dengan aksi itu turut menyaksikan penjaga gol ketiga, Vitezslav Jaros mendapat debut bersama skuad senior ketika menggantikan Alisson.

Slot berpendapat pasukan seperti Liverpool memerlukan pilihan ketiga berkualiti dan harapan itu sudah pun dilunaskan oleh Jaros.

“Agak sukar untuk saya menilai kecederaan Mac Allister. Saya merasakan adalah sesuatu yang tidak bagus jika dia terus dipaksa bermain dan saya juga tidak pasti adakah dia akan dapat bersama pasukan Argentina,” tambah Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI