fbpx

EPL: Guardiola temui pengganti Rodri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOVACIC mempamerkan aksi luar biasa apabila meledak dua gol ketika membantu City bangkit menewaskan Fulham kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui gembira melihat pemainnya, Mateo Kovacic berjaya mengambil alih tugas seorang lagi pemainnya, Rodri ketika membantu pasukan itu menewaskan Fulham 3-2 kelmarin.

Pada aksi di Etihad itu, Kovacic berjaya meledak dua gol, manakala Jeremy Doku menyumbang gol ketiga sementara Fulham mendapat jaringan menerusi Andreas Pereira dan Rodrigo Muniz untuk pulang dengan kekalahan.

Kovacic yang diberikan peranan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Rodri sepanjang musim ini ekoran kecederaan berjaya memadam kelebihan Fulham yang membuka tirai jaringan menerusi Pereira

“Saya gembira dia berjaya meledak dua gol, dia bukanlah pemain yang sentiasa menghasilkan jaringan. Dia mungkin pernah melihat aksi Rodri ketika dia menjaringkan gol pada kedudukan tersebut.

“Apabila Fulham bertahan dengan lima pemain di dalam kotak penalti, akan ada seorang pemain yang bebas dan tidak di kawal, pemain itu adalah Kovacic. Dua golnya itu berpunca daripada Fulham gagal kekal dalam posisi bertahan mereka.

“Kovacic sangat penting, tetapi sekarang pasukan lawan kami yang lain mula sedar bahawa mereka tidak boleh meninggalkannya sendirian atau dia akan meledak gol,” kata Guardiola.

Dalam pada itu, Kovacic mengakui sangat gembira dengan jaringan dihasilkan tersebut terutama ketika isterinya ketika ini sedang hamil dan gol tersebut dihadiahkan untuk anaknya yang bakal lahir.

“Ia sesuatu yang hebat dapat menjaringkan gol, tetapi apa yang penting pasukan dapat meraih kemenangan. Tidak mudah memenangi perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris dan kali ini kami menunjukkan karakter,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI