fbpx

Tiga maut nahas babit tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Felda Sahabat petang semalam.

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Felda Sahabat di sini petang semalam.

Kanak-kanak itu adalah penumpang kereta jenis Proton Iswara Aeroback. Turut terkorban seorang wanita dewasa dan penunggang motosikal iaitu lelaki dewasa.

Dua lagi mangsa masing-masing lelaki dan wanita yang menaiki kereta Proton Iswara Aeroback cedera parah.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan melibatkan Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan motosikal itu pada pukul 6.19 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi yang terletak 77 kilometer dari balai.

“Empat mangsa di dalam Proton Iswara Aeroback dikeluarkan oleh orang awam. Dua mangsa yang parah dihantar ke Klinik Kesihatan Tungku oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Riki Mohan berkata, lapan lagi mangsa yang berada dalam Nissan Frontier iaitu empat lelaki, wanita dan tiga kanak-kanak cedera ringan. Mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI