fbpx

Emma Maembong dedah sudah bercerai, tamat idah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emma dan bekas suami.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut pelakon Emma Maembong mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar secara baik.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail sudah tamat menjalani tempoh idah dan dia memilih pendekatan tidak menghebohkan berita perceraiannya selama ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah.

“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini,” katanya.

Ditanya bila perceraian terjadi, dia lebih rela tidak berkongsi butiran terperinci kerana baginya, itu bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.

“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.

“Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya.

“Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,”katanya lagi.

Menurut Emma, dia bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku.

“Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami,” katanya.

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI