fbpx

Duit simpanan haji RM72,500 lesap dikebas scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEGAMAT – Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila terpedaya dengan kegiatan penipuan dalam talian (phone scam) sehingga kerugian sebanyak RM72,500 baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 52 tahun berhubung kejadian dua hari lalu.

Katanya, mangsa telah terima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memberitahunya bahawa dia ada membuat tuntutan insurans sekitar Ogos lalu.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lelaki yang memperkenalkan diri dengan menyamar sebagai penjawat awam mendakwa mangsa terlibat dengan penggubahan wang haram.

“Mangsa menafikan perkara tersebut lalu telah diarahkan suspek untuk membuka akaun simpanan yang baru atas nama isteri mangsa dengan mendaftarkan nombor telefon diberikan suspek sebagai tujuan siasatan dan pemantauan.

“Mangsa juga telah diarahkan untuk membuat pindahan wang dari akaun tabung haji milik mangsa ke akaun bank yang baru dibuka itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah mengarahkan mangsa membuka akaun yang baru atas nama isteri mangsa namun pengadu tidak menyedari bahawa akaun tersebut dikawal oleh suspek apabila pendaftaran akaun menggunakan nombor telefon yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa juga diarahkan untuk membuat beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa akhirnya sedar telah ditipu setelah semakan mendapati baki wang simpanan dalam akaun bank yang baru dibuka itu telah dikeluarkan,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI