fbpx

DNCE tunjuk bencikan P. Diddy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DNCE antara penyanyi yang jelas menunjukkan kebencian terhadap P. Diddy.

INDUSTRI hiburan Hollywood gempar apabila bintang rap terkenal P. Diddy berdepan dengan dakwaan jenayah kekerasan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak.

Tabiatnya yang gemar mengadakan pesta bukan lagi rahsia dalam kalangan selebriti papan atas seluruh dunia.

Disebabkan itu namanya sering dijadikan sebahagian daripada lirik lagu termasuk nyanyian DNCE bertajuk Cake By The Ocean dan Tick Tock (Kesha).

Bagaimanapun, memetik Billboard nama Diddy telah pun dipadamkan daripada lagu lirik lagu tersebut untuk siaran radio dan pentas.

“DNCE telah meninggalkan nama Diddy ketika menyanyikan lagu Cake By The Ocean di sebuah acara baru-baru ini.

“Kesha juga langsung tidak menyebutkan nama Diddy dalam lagunya,” kata wakil Billboard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI