fbpx

Cuaca cerah seluruh Malaysia pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah dilihat berlaku di seluruh kawasan semenanjung negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat 10 pagi.

Ramalan yang sama turut dijangka berlaku sekitar kawasan timur negara iaitu melibatkan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI