fbpx

Buruh didakwa rompak barangan kemas RM100,000 milik wanita guna senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohd. Zafrizar (kiri) selepas didakwa atas pertuduhan merompak barangan kemas milik seorang wanita.-Foto ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak barangan kemas milik seorang wanita bernilai RM100,000 secara berkumpulan menggunakan senjata pada Januari lalu.

Tertuduh, Mohd. Zafrizar Ibrahim, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan bersenjata terhadap seorang wanita berusia 56 tahun dengan merampas dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher emas.

Tertuduh, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bunut Payong di sini antara pukul 3 hingga 4 pagi pada 12 Januari lalu.

Mohd. Zafrizar didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan yang dihadapi tertuduh merupakan kes serius.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI