fbpx

Bekas pekerja didakwa songlap duit kedai jual motosikal RM150,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang bekas jurujual motosikal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 16 pertuduhan pecah amanah dengan mengambil wang di tempat dia bekerja sebanyak RM150,300 bermula April 2023 hingga Jun lalu.

Tertuduh, Zuehardy Mustapa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut 16 pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu menjadikan wang sebanyak RM1,000 hingga RM48,700 dengan jumlah keseluruhan RM150,300 untuk kegunaannya.

Kesalahan itu dilakukan di dua bank di dua buah bank di daerah ini dalam tempoh 3 April 2023 sehingga 30 Jun lalu.

Zuehardy didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Alini Ahamad Kamil.

Terdahulu, Kamarul Hasyime mencadangkan ikat jamin sebanyak RM60,000 bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Nur Alini dalam rayuan memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut memandangkan anak guamnya ketika ini sudah tidak bekerja selain perlu menanggung isteri dan dua anak.

“Tertuduh juga mengalami kecederaan pada kaki dan sepatutnya mendapatkan rawatan fisioterapi. Anak guam saya tidak dapat membuat rawatan itu kerana tiada kemampuan daripada aspek kewangan.

Mahkamah kemudian membenarkan Zuehardy diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan selain menetapkan 6 November depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI