fbpx

Bapa, anak maut kemalangan di Nibong Tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak maut ditempat kejadian di Nibong Tebal, tengah hari tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang bapa dan anak lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Transkrian, Nibong Tebal di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Shamsulnizam Md Yusop, 49, dan anaknya, Muhammad Ammar,9, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, penunggang motosikal terbabit datang dari arah bertentangan sebelum bertindak melintas pembahagi jalan.

Bagaimanapun, pemandu kereta jenis Honda Civic yang melalui laluan tersebut tidak sempat mengelak sebelum terlanggar penunggang dan pembonceng motosikal terbabit.

Terdahulu, beberapa keping gambar berkaitan kemalangan terbabit tular di media sosial sejak petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI