fbpx

Banyak faktor tidak dipertimbangkan ketika arahan pertukaran dibuat – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina dan Amirudin pada Majlis Perasmian Program Tekad Reformasi Pendidikan di Kajang, Selangor hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD ILHAM SYIR’ABBASY ZAKARIA / KOSMO!

KAJANG – Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan pertukaran guru dari 12 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Pasir Gudang, Johor kerana banyak faktor yang tidak dipertimbangkan ketika arahan itu dibuat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan penangguhan itu sehingga proses-proses berkait rapat tentang pembelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah terlibat dapat diteruskan dan akan dilakukan secara berfasa mulai tahun hadapan.

“Sebenarnya pertukaran kerja guru ini perkara biasa, tetapi isu itu kita ambil perhatian. Ia harus ambil beberapa perkara aspek penting termasuk tidak boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak ketika proses pertukaran guru berlaku.

“Kerana isu tersebut dapat banyak perhatian, banyak pihak, kita juga melihat ada faktor tidak dipertimbangkan ketika arahan pertukaran itu dibuat.

“Maka kita tangguhkan keputusan pertukaran itu sehingga proses berkait rapat tentang pembelajaran dan pendidikan dapat diteruskan dan pertukaran itu secara fasa mulai tahun hadapan,” katanya pada sidang media Program Tekad Reformasi Pendidikan yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin sebelum ini memaklumkan, pertukaran guru dari 12 SJKC di Pasir Gudang ditangguhkan dan satu pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) terlibat memohon pertukaran tersebut ditangguhkan.

Mereka tidak membantah pertukaran tersebut tetapi berpendapat adalah baik ia dilakukan pada awal atau akhir tahun kerana bimbang akan menjejaskan murid-murid terutama Darjah 6 yang akan menduduki peperiksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI