fbpx

Banjir: Mangsa meningkat kepada 197 di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir di Kampung Ayer Baloi, Pontian.

PONTIAN – Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Pontian petang ini susulan banjir melanda daerah ini sejak semalam.

PPS terbaharu yang dibuka ialah Kompleks Muafakat Sungai Pinggan di sini yang menempatkan 19 mangsa dari empat buah keluarga.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, Kapten (A) Muhammad Izzuddin Ali berkata, mereka terdiri penduduk Kampung Sungai Pinggang yang dipindahkan pada pukul 3.30 petang.

Katanya, tambahan tersebut menjadikan jumlah keluarga yang dipindahkan setakat pukul 4 petang ini di daerah Pontian disebabkan banjir seramai 55 keluarga dengan 197 mangsa keseluruhannya.

“Sementera jumlah mangsa banjir di PPS SK Seri Anom kekal seramai 135 mangsa dari 42 keluarga, manakala di PPS SK Parit Markom juga kekal dengan 43 mangsa dengan 13 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Tambah Muhammad Izzuddin, setakat ini operasi penempatan mangsa banjir dan kebajikan mereka di tiga buah PPS berjalan dengan lancar dengan penglibatan agensi-agensi di bawah JPBD selain bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI