fbpx

Banjir: Lapan PPS dibuka di Kluang tempatkan 674 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN keselamatan membantu mengalihkan seorang warga emas yang uzur selepas kediamannya di Kampung Batu 6, Ulu Benut, Simpang Renggam, Kluang dinaiki air.

KLUANG – Kluang menjadi daerah kedua di Johor yang dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak semalam menyebabkan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Simpang Renggam di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 674 mangsa daripada 199 keluarga dipindahkan ke PPS.

Katanya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Onn Jaafar mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 193 mangsa daripada 57 keluarga dari Taman Suria dan Taman Rekamas.

“Lokasi lain melibatkan 40 penduduk Kampung Sri Tengah Renggam yang ditempatkan di SK Sri Tengah Renggam.

“Turut terkesan 58 penduduk Kampung Kolam Air yang ditempatkan di Dewan Kampung Kolam Air, manakala 37 penduduk di Lorong Haji Amir Batu 7 pula berlindung di SK Simpang Renggam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PPS lain yang dibuka ialah SK Sri Kencana yang menempatkan 139 mangsa dari Kampung Mohd Amin, Kampung Sungai Rambai, Kampung Batu 6 dan Kampung Parit Jepun. Seramai 113 mangsa dari Kampung Sungai Linau pula ditempatkan di SK Sungai Linau.

“Kampung Paya Palembang, Taman Tiara Pendant dan Kampung Paya Mas mencatat 62 mangsa yang dipindahkan ke Dewan Terbuka Kampung Paya Palembang dan 32 mangsa di Kampung Parit Haji Hashim pula ditempatkan di Balai Raya Parit Haji Hashim,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI