fbpx

Banjir: 4 PPS di Simpang Renggam ditutup, satu dibuka di Ayer Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT beranak meredah banjir selepas melihat kediaman mereka di Kampung Kolam Air di Simpang Renggam, Kluang dinaiki air sejak malam semalam.

KLUANG – Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di Simpang Renggam di sini ditutup manakala satu PPS baharu dibuka di Ayer Hitam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, empat PPS yang ditutup adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Onn Jaafar, SK Sri Tengah Renggam, SK Simpang Renggam dan SK Sri Kencana.

Menurutnya, susulan penutup 4 PPS itu, mangsa banjir yang masih berlindung di PPS menurun kepada 270 orang sehingga pukul 4 petang hari ini.

“Empat PPS yang masih dibuka adalah melibatkan Dewan Orang Ramai Kampung Kolam Air yang menempatkan 58 mangsa daripada 13 keluarga.

“Turut masih dibuka adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Linau yang menempatkan 165 mangsa daripada 45 keluarga dari Kampung Sungai Linau dan 62 mangsa terdiri daripada 17 keluarga di Kampung Paya Palembang, Taman Tiara Perdana dan Kampung Paya Mas ditempatkan di Dewan Terbuka Kampung Paya Palembang,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI