fbpx

ATM perlu tarik bakat luar biasa sertai pasukan pertahanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Proses pengambilan barisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa akan datang perlu mengambil kira soal bakat luar biasa bagi mendepani ancaman pertahanan yang kini hadir dalam pelbagai bentuk dan cara.

Penganalisis Dasar Pertahanan, Shah Mohd. Akmal Abdul Halim berkata, selain memberi tumpuan kepada aset lebih moden dan teknologih canggih, ATM juga perlu mempunyai strategi jelas dalam aspek ketumbukan sumber manusianya.

Beliau berkata, pembangunan sumber manusia ATM sering dijadikan aspek sampingan berbanding keghairahan kepada perkara-perkara fizikal lain seperti teknologi dan senjata serta aset moden.

“Kita tidak boleh berlengah dan kekal dengan proses pemilihan anggota pertahanan yang menggunakan pendekatan serta kriteria yang lama.

“Sebaliknya, ATM seharusnya lebih agresif mengenal pasti, melatih dan membangunkan ketumbukan sumber manusia yang pintar, berbakat dan mampu berfikir di luar kotak selari dengan kecanggihan bentuk ancaman yang hadapi ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ancaman-ancaman bukan tradisional seperti peperangan siber adalah sesuatu yang bukan lagi bersifat teori, sebaliknya sudah menjadi realiti dan ‘menyerang’ beberapa negara.

Justeru, katanya, kepakaran rekrut baharu ATM pada masa depan perlu mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang-bidang seperti komputer, kecerdasan buatan (AI), big data dan telekomunikasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI