fbpx

43 warga Myanmar ditahan di George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa JIM Pulau Pinang menyerbu premis di sekitar Komtar selepas disyaki menjadi lokasi tumpuan warga asing.

GEORGE TOWN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 43 warga Myanmar di Komtar di sini semalam kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Jurucakap JIM Pulau Pinang berkata, berdasarkan aduan, satu gerakan operasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang ke atas beberapa premis perniagaan yang terletak di Komtar dan kawasan sekitar.

“Sebanyak tiga premis jualan makanan, kedai gunting rambut, pasar mini dan kedai refleksologi telah diperiksa dalam operasi terbabit.

“Seramai 70 puluh warga asing terdiri daripada pekerja dan pelanggan telah diperiksa dan hasilnya seramai 43 orang telah ditangkap kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang ditangkap berumur antara 23 hingga 45 tahun dan terdiri daripada 28 lelaki dan 15 wanita.

Sementara itu, katanya, ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah restoran, pihaknya mendapati premis itu dikendalikan oleh warga asing yang tidak memiliki pas pekerjaan yang sah.

“Kebersihan premis juga tidak memuaskan apabila didapati lipas berkeliaran sekitar makanan yang disediakan

“Dalam operasi tersebut juga, sebanyak 14 saman kepada saksi turut dikeluarkan untuk mereka hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI