fbpx

Warga emas putih mata modal RM406,654 kena kebas scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas berputih mata setelah kerugian lebih RM400,000 terpedaya dengan iklan pelaburan di Facebook yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima
satu laporan polis oleh mangsa iaitu warga tempatan berusia 60 tahun yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan ‘dimensional’ di laman sosial itu.

Beliau berkata, mangsa tertarik dengan pelaburan itu selepas melihatnya di Facebook kira-kira pukul 3 petang, 20 Mei lalu, sebelum meninggalkan nombor telefon.

Katanya, mangsa kemudian dihubungi individu dikenali ‘Vincent’ menggunakan talian 014-7904658 yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh modal dilaburkan.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan telah memberikan butiran akaun bank miliknya bagi urusan transaksi wang keluar masuk serta deposit membuka satu akaun atas nama Artisan Partners bagi memulakan pembelajaran dalam pelaburan saham Itu.

“Mangsa juga telah melakukan 30 transaksi ke tujuh akaun berbeza yang diberikan bermula 25 Julai lalu hingga 2 Oktober lalu dengan jumlah keseluruhan modal sebanyak RM461,900,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Balveer Singh berkata, sepanjang tempoh pelaburan dilakukan, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM55,246 sahaja.

Katanya, mangsa cuba menuntut hasil keuntungan yang lain tetapi taliannya disekat oleh ‘Vincent’ menyebabkan mangsa syak dirinya ditipu sehingga mengalami kerugian sebanyak RM406,654.

“Siasatan juga meliputi pembabitan ‘keldai akaun’ jika ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI