fbpx

Suspek bunuh bapa sempat beli pisau sebelum ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian membabitkan insiden seorang pesara guru maut dipercayai ditikam anaknya ketika memujuk anaknya yang mengalami halusinasi serta cuba membunuh diri dalam kejadian di Kampung Senaling, semalam.

KUALA PILAH – Lelaki pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental yang dipercayai menikam ayahnya dalam kejadian di Kampung Senaling, di sini, sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai serbaneka di pekan berkenaan sebelum jatuh di atas jalan.

Dalam kejadian berkenaan, polis mendapat maklumat dari orang awam kira-kira pukul 4.40 petang membabitkan seorang pesara guru berusia 65 tahun maut dipercayai ditikam anak lelakinya berusia 32 tahun.

Peniaga kedai buah, Lee Kien Huei, 40, atau lebih dikenali sebagai Ah Hoi Senaling, berkata, dia sudah maklum tentang insiden berkenaan dan sebaik terlihat suspek tidak jauh dari kedainya, dia segera memaklumkan kepada pihak polis.

Tambah peniaga itu, dia juga sudah menyimpan semua senjata tajam di kedainya sebelum didatangi suspek yang kemudiannya memaklumkan mahu membeli pisau.

“Saya memang kenal ayah dia sebab selalu beli barang di kedai ni. Malah, ayahnya yang saya kenal sebagai Cikgu Amat juga pernah bagi tahu ada anak sakit mental. Saya pernah nampak anaknya tapi dia tak pernah kacau orang.

“Bila dia datang, nampak dia lain macam. Mulut dia berdarah. Dia nak beli pisau, saya kata sini tak jual pisau dan dia pergi kedai sebelah. Lepas beli dan keluar, dia terus jatuh. Saya ingat kena sawan sebab mulut berbuih dan polis pun sampai,” katanya ketika ditemui di Pekan Senaling, di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Aida, 20-an, berkata, dia mengenali pesara guru itu dan isteri kerana mereka merupakan pasangan yang sangat baik serta banyak membantu murid-murid susah.

“Saya bekas murid isterinya, memang arwah suami isteri sangat baik. Tak kedekut dengan anak murid dari zaman sekolah. Saya dulu susah, mak menoreh getah, selalu mereka belanja makan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani, berkata, motif kejadian berlaku dipercayai kerana suspek mengalami halusinasi dan cuba membunuh diri.

“Semasa dipujuk oleh mangsa (ayahnya), suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan menikam mangsa. Polis turut berjaya menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini di tempat kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI