fbpx

Struktur semula Lembaga Koko Malaysia, kelapa jadi komoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) menerima cenderahati pada Majlis Penutup Hari Terbuka 'Malaysia MADANI, UNISEL Depani' dan Kelapa Fest Bagan Datuk 2024 di Bagan Datuk hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

BAGAN DATUK – Kerajaan bersetuju menstrukturkan semula Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan memasukkan sekali tanaman kelapa dalam lembaga tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru LKM akan dikenali sebagai Lembaga Koko dan Kelapa Malaysia sekali gus membolehkan kelapa dijadikan sebagai salah satu elemen penting bagi penjanaan baharu pendapatan penduduk luar bandar.

“Keputusan Kabinet ini tidak memerlukan perbelanjaan ataupun perjawatan tambahan, sebaliknya kita menggunakan perjawatan sedia ada dan membawa mereka yang pakar dalam bidang ini (kelapa) ke dalam lembaga tersebut.

“Ini termasuk mereka yang berada dalam Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) atau di mana-mana institut pendidikan untuk berada (dalam lembaga ini). Ini satu perdekatan di mana kita tidak mahu berlaku pembaziran,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Hari Terbuka ‘Malaysia Madani, Unisel Depani’ dan Pesta Kelapa dengan kerjasama Parlimen Bagan Datuk di Dataran Pesisir Bagan Datuk, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan, dua perbincangan telah dilakukan bagi mempromosikan kelapa sebagai produk penjana pendapatan luar bandar.

Terangnya, ketika ini terdapat 215,000 ketua isi rumah pekebun kecil kelapa di seluruh negara yang dijangka mendapat manfaat daripada keputusan kerajaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI