fbpx

[VIDEO] Simpan, cuci sayur dalam tandas kotor sebelum jual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI jenis sayur ditemui disimpan di dalam tandas di sebuah premis runcit di Kawasan Perindustrian Tanjung Minyak, Melaka.

MELAKA – Perbuatan jijik sebuah kedai runcit milik warga asing menyimpan dan mencuci pelbagai jenis sayur di dalam tandas kotor di Kawasan Perindustrian Tanjung Minyak, dekat sini terbongkar dalam serbuan Op Samar, Rabu minggu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar berkata, operasi yang bermula pukul 10 pagi sehingga 1 petang itu dilakukan bagi menilai tahap pematuhan peniaga di kawasan berkenaan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN.

“Semasa pemeriksaan dibelakang premis, pasukan telah menemukan barangan yang hendak dijual iaitu sayur-sayuran disimpan terlebih dahulu di dalam tandas disyaki bagi tujuan dicuci sebelum dijual.

“Kita juga dapati semua barangan laksa segera dalam pek yang dijual telah tamat tempoh dan tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang operasi itu dilakukan, sebanyak 26 premis telah diperiksa dan 20 kes dihasilkan melibatkan pelbagai akta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI