fbpx

Scha Alyahya, Awal Ashaari ‘couple goals’ pilihan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWAL dan Scha didoakan peminat agar tidak mengikut jejak pasangan kesayangan yang bercerai-berai.

DALAM keadaan industri hiburan tempatan yang banyak dikejutkan dengan berita perceraian barisan artis popular, netizen mula berada bimbang pasangan kegemaran, Scha Alyahya dan Awal Ashaari akan mengikut jejak sama.

Tidak dinafikan kedua-dua artis itu kerap memuat naik gambar bersama keluarga dalam akaun media sosial masing-masing.

Bahkan tiada sebarang tanda-tanda apatah lagi khabar angin memaklumkan rumah tangga mereka dilanda masalah.

Disebabkan itu, warga maya memilih mereka sebagai pasangan serasi dan ‘couple goals’ buat orang yang ingin berumah tangga.

Pasangan itu memberikan cerminan positif dan saling menyokong antara satu sama lain.

Tidak mengira apa jua aspek sama ada fesyen, kerjaya mahupun soal penjagaan anak-anak, Scha dan Awal dikatakan senada dan bertolak ansur.

Gelagat mereka yang gemar berjenaka dan saling mengusik bukan sahaja khalayak terhibur, tetapi turut dapat dijadikan sebagai inspirasi.

Diva: Bergaya betul tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza buat babak pertarungan dalam muzik video Magis.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI