fbpx

Protes seluruh AS menjelang setahun perang Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengadakan demonstrasi sempena setahun perang antara Hamas dan Israel berhampiran White House di Washington, DC semalam. - AFP

WASHINGTON – Beribu-ribu orang berarak di bandar-bandar utama Amerika Syarikat (AS) dari Washington ke Los Angeles, bagi menuntut gencatan senjata segera ketika perang di Gaza menghampiri setahun esok.

Perarakan itu adalah sebahagian daripada hari tindakan sedunia untuk menentang perang yang dahsyat, yang menyaksikan Israel mempergiatkan operasi ketenteraannya ke Lebanon.

Di Washington, lebih 1,000 penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di luar White House, dengan ramai menuntut penamatan bantuan AS kepada sekutunya, Israel.

“Kerajaan AS secara bersama telah melakukan kekejaman paling jahat yang pernah kita lihat pada abad ini,” kata penganjur Pergerakan Belia Palestin, Zaid Khatib kepada AFP.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan Lebanon antara lain, dengan ramai yang memegang papan tanda serta melaungkan slogan sebagai menunjukkan solidariti kepada  rakyat Palestin.

Di New York, beribu-ribu individu berarak di kawasan Times Square yang terkenal di kota raya itu, dengan sebahagiannya membawa gambar orang mangsa terbunuh akibat serangan tentera Israel di Gaza.

“Pembersihan etnik semakin teruk (di Gaza) dan sudah setahun berlalu. Kita perlu terus berjuang,” kata Cornel West.

Penunjuk perasaan juga turun ke jalan-jalan di Los Angeles, dengan ramai yang memegang papan tanda menyeru agar genosid di Gaza dihentikan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI