fbpx

Program larian songsang tidak ada permit PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel dekat Bandar Penawar, Kota Tinggi tidak mendapat permit daripada MPP.

KOTA TINGGI – Program larian yang menampilkan kelakuan tidak senonoh serta lucah di sebuah hotel dekat Bandar Penawar, di sini tidak mendapat mana-mana kelulusan dari Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

MPP dalam satu kenyataan berkata, program larian itu juga tiada dalam pemakluman pihaknya.

“MPP menegaskan bahawa penganjuran program ini tidak mendapat mana-mana kelulusan dan tiada pemakluman kepada pihak MPP.

“Kesalahan undang-undang termasuk menganjurkan aktiviti yang tiada permit akan diambil tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil yang diguna pakai,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, MPP juga tidak akan memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pengerang.

Jelasnya, sebarang penganjuran program perlulah membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran serta kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI