fbpx

Penunggang RXZ maut rempuh MPV di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut yang meragut nyawa Abd. Razak di KM 322 LPT2 berhampiran Kerteh, Kemaman, semalam.

KEMAMAN – Seorang peniaga maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangi merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berhenti di laluan kecemasan di Kilometer 322 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.15 petang itu, mangsa, Abd. Razak Mohamed, 35, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Abd. Razak dikatakan dalam perjalanan ke Temerloh, Pahang dari rumahnya di Kampung Seberang Pintasan, Dungun.

“Motosikal dinaiki mangsa telah merempuh belakang sebuah MPV Kia Carnival yang berhenti di lorong kecemasan disebabkan mengalami kerosakan tayar.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI