fbpx

Pekerja GISBH tiada rekod pendaftaran, caruman Perkeso – Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN pada Majlis Perasmian Program Bandar Bersih Karnival Pahang Bersih Makmur 202 di Bandar Lama Kuala Lipis, semalam.

LIPIS – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengesahkan pekerja di bawah kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak mempunyai rekod pendaftaran dan caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Kesuma, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut membabitkan pekerja GISBH.

Tambahnya, kementerian di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) masih melakukan siasatan berkaitan perkara tersebut.

“Kita sebenarnya dalam mesyuarat ‘post kabinet’ lalu, arahan kepada menteri supaya JTKSM menyiasat dan apa langkah-langkah perlu dilakukan dan keputusan hanya diketahui Rabu depan,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Program Bandar Bersih: Karnival Pahang Bersih Makmur 202 di Bandar Lama Kuala Lipis, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, semua pekerja di negara ini yang mencarum akan dilindungi bagi membela nasib mereka.

Sebelum ini, pada 8 September lalu, Mahkamah Buruh di Johor memerintahkan GISBH membayar RM23,100 kepada bekas pekerjanya yang tidak dibayar gaji sepanjang bekerja dengan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI