fbpx

Nasib kaum India sentiasa diberi perhatian – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mendengar penerangan murid semasa hadir ke majlis perasmian pembukaan SJKT Heawood di Sungai Siput (U) di Perak hari ini.

IPOH – Masyarakat India tidak dipinggirkan dalam usaha negara membasmi kemiskinan tegar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, sebagai Perdana Menteri adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu masyarakat India yang tidak terkecuali berada dalam kategori termiskin di negara ini.

Kata beliau, kesungguhan itu juga dipamerkan apabila masyarakat India yang miskin turut mendapat manfaat daripada skim bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang selama ini tertumpu kepada kaum Melayu bumiputera.

“Jumlah yang paling miskin, siapa? Melayu majoriti. Tetapi kategori termiskin dalam kalangan masyarakat miskin itu adalah juga orang-orang India. Orang-orang India itu warganegara kita. Rakyat kita. Saya sebagai Perdana Menteri itu tanggungjawab saya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di sini hari ini.

Anwar juga menolak dakwaan kononnya sokongan masyarakat India hanya ditagih semasa musim pilihan raya, sebaliknya kata beliau, nasib kaum itu sentiasa diberi perhatian meskipun kadangkala perlu mengambil sedikit masa.

“Saya mahu rakan-rakan faham. Tidak mudah, bila saya sebut macam ini saya sebut anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India, anak saya, Anak orang Sabah, Sarawak, anak saya, baru saya boleh jadi Perdana Menteri yang baik,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan beliau mengambil pendekatan mudah untuk berbincang apa jua permintaan selagi ia disampaikan dengan baik dan munasabah serta tidak mengamalkan budaya melampau oleh mana-mana kaum.

“Saya tidak ada masalah. Bahasa Tamil, latihan guru Tamil, anak-anak India masuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), program Tekun untuk masyarakat India.

“Dulu AIM itu 100 peratus Melayu bumiputera saya kata tak apalah apa salah, beri ruang kepada masyarakat India yang miskin, ambil mereka dan latih dan beri peluang kepada mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI