fbpx

MetMalaysia uji siren amaran Tsunami di Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Bagan Datuk, Perak esok.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, pengujian itu akan dilaksanakan Jabatan Laut Wilayah Utara pada pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian.

“MetMalaysia akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan,” katanya di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI