fbpx

MDL siasat kes basuh periuk guna penyapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang pekerja kedai makan membasuh periuk menggunakan penyapu dipercayai di Lipis.

LIPIS – Majlis Daerah Lipis (MDL) akan melakukan siasatan susulan penularan rakaman video pendek di laman sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan, di sini membersihkan periuk menggunakan penyapu, semalam.

Yang Dipertua MDL, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang jika siasatan mengesahkan kesalahan tersebut dilakukan di premis terbabit.

Sebelum ini, tular rakaman di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan, di sini membersihkan periuk menggunakan penyapu.

Klip video berdurasi dua saat itu yang dimuat naik di laman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis kira-kira pukul 5 petang semalam menerima kritikan dan kecaman netizen.

Kejadian itu dipercayai berlaku di belakang premis di bandar Lipis menyebabkan rata-rata netizen meminta siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi tujuan keselamatan serta kesihatan pengguna. – KOSMO! ON:INE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI