PENUH debaran. Itu yang Diva rasakan ketika ini apabila memikirkan tentang sebutan kali kedua kes perceraian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, esok.
Ramai mula membuat spekulasi sendiri. Ada yang menebak Fattah akan lafaz cerai dan sebagainya.
Sejujurnya Diva pun rasa gementar tetapi kita harus terima apa sahaja keputusan yang mendatang.
Pastinya semua mahukan pengakhiran yang baik iaitu tidak berpisah tetapi melihat Fazura nekad, Diva pun tak boleh nak komen apa-apa.
Hanya tuan badan sahaja yang melalui dan mengetahui situasi sebenar. Sebagai orang luar, kita semua hanya mampu menitipkan doa, elakkanlah sebar khabar angin tak betul, silap-silap kena saman pula.
Apa pun, kita nantikan sahaja keputusan esok. Semoga ada sinar di hujung terowong ya.
DIVA: Ramai sebak lihat momen Fattah raikan hari jadi Fatima tanpa kehadiran Fazura di sisi.