fbpx

Lotus Desaru nafi terlibat larian songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOTUS DESARU memaklumkan mereka tidak terlibat acara larian songsang yang dianjurkan sebuah NGO di hotel berkenaan.

KOTA TINGGI – Lotus Desaru Beach Resort & Spa menegaskan penglibatan pihak Lotus Desaru dalam acara Pan-Asian Hash 2024 yang diadakan di resort itu adalah terhad kepada penyediaan penginapan dan perkhidmatan makanan untuk peserta.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pihak hotel memberikan penjelasan berkenaan acara tersebut merupakan satu acara amal yang disertai lebih daripada 2,000 peserta dari 42 negara.

Katanya, program dianjurkan oleh kumpulan Pan-Asian Hash itu untuk memupuk penglibatan komuniti dan meraikan semangat persahabatan antarabangsa.

“Kami ingin menegaskan bahawa penglibatan Lotus Desaru adalah terhad kepada penyediaan penginapan dan perkhidmatan makanan untuk peserta. Semua aktiviti dan program lain diuruskan sepenuhnya oleh kumpulan Pan-Asian Hash.

“Kami memahami bahawa beberapa aspek acara ini mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebagai penyedia perkhidmatan hospitaliti, fokus utama pihak hotel adalah untuk memberikan pengalaman berkualiti kepada tetamu, sekali gus tidak terlibat dalam perancangan atau pelaksanaan sebarang aktiviti yang tidak berkaitan dengan hospitaliti.

Terdahulu, tular di Facebook gambar-gambar kelakuan tidak senonoh serta lucah semasa program larian tersebut yang mana memaparkan lelaki berpakaian wanita.

Ekoran itu polis telah menahan tiga lelaki termasuk dua lelaki warga asing berusia 39 hingga 79 tahun di sebuah hotel di daerah ini bagi membantu siasatan berhubung insiden itu malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI