fbpx

Lima mata wang terkuat di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hampir setiap negara di dunia mempunyai mata wangnya sendiri. – Gambar hiasan

MATA wang merupakan salah satu ‘instrumen’ yang diperlukan dalam urusan dagangan.

Setiap negara di dunia mempunyai mata wangnya yang tersendiri. Negara manakah yang mempunyai mata wang terkuat di dunia?

Mungkin ramai yang menyangka bahawa dolar Amerika Syarikat (AS$) merupakan mata wang terkuat di dunia kerana sering digunakan sebagai asas kepada tukaran dengan mata wang negara lain.

Sebenarnya, AS$ berada pada kedudukan ke-10 mata wang terkuat di dunia.

Ada sembilan negara lain yang mata wangnya lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat.

Di sini, Panorama senaraikan lima negara yang mempunyai nilai mata wang terkuat di dunia pada 2024 berdasarkan laporan Forbes Advisor.

1. Dinar Kuwait (KWD)
Dinar Kuwait adalah mata wang paling kukuh di dunia dengan KWD1 mampu membeli AS$3.25.

Kuwait terletak di antara Arab Saudi dengan Iraq dan negara itu memperoleh sebahagian besar kekayaannya hasil aktiviti mengeksport minyak.

Malah, dinar Kuwait telah diperkenalkan pada tahun 1960-an dan kestabilan politik di negara itu merupakan salah satu faktor yang mampu menarik pelaburan asing dan membantu menyokong nilai KWD.

Selain itu, mata wangnya agak terhad dan Bank Negara Kuwait mengekalkan kawalan ketat ke atas bekalan KWD.

Kekurangan ini juga membantu menyokong nilai mata wang tersebut.

2. Dinar Bahrain (BHD)
Dinar Bahrian merupakan mata wang kedua terkuat di dunia dengan BHD1 boleh membeli AS$2.65.

Bahrain memperoleh banyak kekayaan daripada eksport minyak dan gas dan BHD memasuki edaran pada tahun 1965 dan disandarkan kepada AS$.

Bahrain mempunyai kadar inflasi yang agak rendah, sekali gus membantu mata wang itu mengekalkan kestabilan nilainya.

3. Rial Oman (OMR)
Rial Oman menjadi mata wang ketiga terkuat di dunia dengan OMR1 boleh membeli AS$2.60.

Oman terletak di antara Emiriyah Arab Bersatu dan Yemen di hujung Semenanjung Arab.

Seperti negara jirannya yang kaya, Oman adalah pengeksport utama minyak dan gas. OMR diperkenalkan pada tahun 1970-an dan disandarkan kepada AS$.

Oman juga mempunyai kadar inflasi yang agak rendah, sekali gus membantu mengekalkan nilai OMR.

4. Dinar Jordan (JOD)
Berada pada kedudukan keempat mata wang terkuat di dunia JOD1 boleh membeli AS$1.41.

Pada tahun 1950, mata wang itu menggantikan paun Palestin sebagai mata wang rasmi Jordan.

Malah, JOD disandarkan kepada AS$ pada kadar pertukaran tetap.

Ini bermakna, nilai JOD terikat secara langsung dengan nilai AS$.

Jordan mempunyai ekonomi yang agak pelbagai dan tidak terlalu bergantung kepada eksport minyak.

Ini menjadikan JOD kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran minyak global.

5. British Pound (GBP)
Paun British adalah mata wang kelima terkuat di dunia dengan GBP1 boleh membeli AS$1.26.

Menurut Bank Dunia, Britain mempunyai ekonomi keenam terbesar di dunia mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Selain itu, Bank of England adalah bebas daripada kerajaan.

Ia boleh membuat keputusan mengenai kadar faedah dan dasar ekonomi lain tanpa campur tangan politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI