fbpx

Lelaki parah langgar lori tangki di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sungkai, Hadapan Stesen Minyak BHP Sungkai, Tanjung Malim kira-kira pukul 7.25 pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM PERAK

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki cedera parah kerana tersepit di bahagian pemandu selepas melanggar sebuah lori tangki yang diletakkan di bahu jalan, Jalan Sungkai, di sini dalam kemalangan kira-kira pukul 7.25 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki berumur 20-an yang memandu Perodua Viva itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian hadapan lori berkenaan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI