fbpx

Lelaki dijel 3 minggu tawar suapan kepada pemeriksa tiket parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sejumlah kenderaan di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Seorang warga China dijel tiga minggu oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana menawarkan rasuah sebanyak SG$10 (RM30) kepada seorang pemeriksa tiket kenderaan, lapor portal berita The New Paper semalam.

Dia didakwa cuba memberi rasuah bagi mengelak daripada disaman selepas meletakkan kenderaan syarikatnya di kawasan larangan.

Vikneswaran Kumaran yang bekerja untuk Perkhidmatan Perlindungan Cisco Certis pada masa itu, menolak tawaran tertuduh, Guo Chuankui sebelum memaklumkan perbuatannya kepada polis.

Guo, 46, mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara tiga minggu bermula kelmarin.

Timbalan Pendakwa Raya, Lee Da Zhuan berkata, Chuankui bekerja sebagai pemandu pada 4 April 2023 apabila dia meletakkan kenderaan syarikatnya secara haram di sebatang jalan.

Vikneswaran yang tiba di tempat kejadian dengan menunggang motosikal melihat kenderaan itu lalu mencetak saman tiket parkir.

Tertuduh kembali tidak lama kemudian dan melihat Vikneswaran cuba meletakkan tiket di atas kenderaannya.

“Apabila kedua-duanya bertemu, tertuduh merayu kepada Vikneswaran dengan memberitahunya untuk tidak memberikan saman itu.

“Sebelum Vikneswaran pergi, tertuduh membuka dompetnya dan mengeluarkan wang kertas SG$10. Dia menawarkan suapan itu yang ditolak oleh Vikneswaran,” kata Da Zhuan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI