fbpx

Ketua balai polis, 2 anggota sedang berhibur ditahan, positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua balai dan dua anggota polis ditahan selepas dipercayai positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga anggota berusia 37 hingga 57 tahun merupakan antara 14 individu yang diberkas dalam serbuan di pusat hiburan tersebut.

Menurut beliau, ketiga-tiga mereka yang bertugas dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang itu ditukarkan serta-merta ke Jabatan Pengurusan Selangor sementara menunggu siasatan dijalankan.

“Ujian saringan air kencing mendapati 14 individu termasuk tiga anggota polis yang ditahan positif dadah.

“Mereka direman selama dua hari sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein memberitahu, siasatan tatatertib juga akan menyusul untuk tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pegawai dan anggota dilarang berada di pusat hiburan kecuali atas urusan tugas. Tindakan termasuk pertuduhan akan diambil ke atas pegawai dan anggota yang melanggar arahan termasuk penyalahgunaan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI