fbpx

Ketiadaan Cools tidak beri kesan kepada Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGALAMAN luas yang dimiliki Dion Cools (kiri) menjadikannya sebagai watak penting kepada Harimau Malaya khususnya untuk mengetuai barisan pertahanan. - FARIZ RUSADIO

 

SEPANG – Ketiadaan Dion Cools yang terpaksa menarik diri daripada kem negara tidak akan beri kesan besar kepada Harimau Malaya yang akan berdepan New Zealand di Stadium North Harbour, Isnin ini.

Pengendali negara, Pau Marti Vicente bertegas yang dia tidak begitu risau dan percaya pemain lain juga mampu mengisi tempat ditinggalkan oleh Cools.

“Harapannya (Cools kembali) ke latihan selepas ini. Sudah pasti dia pemain penting untuk pasukan namun pemain lain juga sama penting.

“Kami kena yakin yang kami adalah pasukan kuat. Walaupun hilang seorang pemain, kami masih ada ramai pemain yang mampu galas ditinggalkan oleh Cools,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Harimau Malaya berlepas ke New Zealand dengan hanya 26 pemain selepas Cools terpaksa menarik diri kerana mempunyai urusan keluarga.

“Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan berharap Cools dapat kembali pada jendela antarabangsa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabngsa) seterusnya pada bulan depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI