fbpx

‘Kenapa awak habiskan wang yang banyak? Mahal sangatlah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIEANA hampir menangis dapat IPhone 16 Pro Max hadiah daripada kekasihnya, Keith Foo.

PETALING JAYA – Menerima hadiah pemberian kekasih, pelakon Riena Diana terharu apabila Keith Foo sanggup berhabis ribuan ringgit demi membeli telefon pintar iPhone 16 Pro Max buatnya.

Perkara tersebut dikongsikan melalui video TikTok yang memperlihatkan keterujaan pemilik nama lengkap Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, itu sambil sempat berseloroh mempunyai alat pengecas yang sama dengan Keith.

“Awak (Keith) buat saya rasa nak menangis. Jadi, sekarang alat pengecas telefon saya sama seperti awak.

“Terima kasih sayang. Kenapa awak habiskan wang yang banyak? Mahal sangatlah,” katanya.

Sementara itu, Keith atau nama asalnya Foo Chuan Chin, 41, memaklumkan hadiah tersebut adalah atas kejayaan Riena merealisasikan pementasan teater Andak Bertandak pada Ogos lalu.

Malah, telefon pintar terbabit juga diberi bersempena kejayaan pelakon drama Kampung People itu terpilih sebagai hos Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) yang bakal berlangsung pada 11 Oktober ini.

“Maaflah lambat sikit, berseronoklah dengan telefon baharu awak. Saya sayang awak,” ujarnya ringkas.

Jun lalu, Riena mengaku sudah menemui kebahagiaan yang dicari selepas menjalinkan hubungan cinta bersama bapa tunggal anak satu itu.

Kongsi Riena, hubungan mereka mula terjalin selepas bergandingan dalam sebuah drama berjudul Salju Rindu Di Bumi Auckland.

Sebelum ini, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 tetapi hubungan mereka tidak berpanjangan apabila berpisah pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI