fbpx

Jual dadah dalam peket minuman segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB (dua kanan) menunjukkan antara dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih antara tiga yang ditahan polis dalam empat serbuan di bandar raya ini selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai lebih RM1.445 juta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua mereka yang juga dalang sindiket ditahan pada 28 September lalu berusia antara 26 hingga 35 tahun.

“Sindiket ini dipercayai telah aktif sejak Ogos lalu. Modus operandi adalah menjadikan pangsapuri dan rumah teres dua tingkat sebagai tempat pembungkusan dan penyimpanan dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan.

“Mereka mengisi dadah dalam peket minuman segera yang dijual dengan harga antara RM200 hingga RM300 satu paket,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Tambah Raub, antara yang dirampas dalam serbuan itu adalah 8,621.40 gram (g) serbuk ekstasi; 164g ketamin; 15.80g pil eramin 5 dan lima gram syabu dengan kesemuanya bernilai lebih RM1.445 juta.

“Jumlah dadah ini boleh digunakan seramai 9,560 penagih. Selain itu, polis turut menyita wang tunai RM385, dua utas gelang tangan, seutas rantai leher dan sepasang subang selain alat penimbang digital, alat pengisar dan satu anak kunci rumah.

“Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek lelaki positif dadah amphetamine. Selain itu, dua daripada mereka termasuk seorang wanita juga mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” jelasnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI