fbpx

Jangan taasub guna bahasa Inggeris – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada Ikon Bahasa, Ahmad Fedtri, ketika Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Oktober 2024, di ICC. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir kelompok elit yang taasub menggunakan bahasa Inggeris sehingga meremehkan bahasa kebangsaan negara.

Anwar turut hairan dengan keghairahan kelompok itu yang menganggap kejayaan dan kepintaran hanya boleh dicapai dengan penguasaan bahasa Inggeris kerana ia adalah tanggapan salah.

“Saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan (penguasaan) bahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mewakili sikap yang mempunyai fobia terhadap bahasa sendiri.

“Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan, hidup mereka di Malaysia, mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 (BBK 2024) di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini hari ini.

Katanya lagi, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi perlembagaan dan digunakan sebagai lingua franca yang dipertutur secara meluas di negara ini.

“Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi berdasarkan perlembagaan tetapi zaman digital, teknologi kecerdasan buatan (AI), perindustrian dan tenaga kerja memang kepentingan bahasa Inggeris jadi tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Namun, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus diberi penekanan dan itu komitmen kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI