fbpx

EPL: Penyudah Chelsea gred A, bukan benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA meraih kemenangan ke atas Gent pada aksi Liga Konferens Europa sekali gus memberi motivasi sebelum bertemu Forest malam ini. - AFP

LONDON – Chelsea boleh dianggap antara pasukan yang memiliki penyudah tajam dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila sudah meledak 15 gol selepas mengharungi enam perlawanan.

Bagaimanapun, ia masih belum memuaskan hati pengurus, Enzo Maresca yang menggesa barisan pemainnya supaya memperkemaskan benteng pertahanan ketika melayan kunjungan Nottingham Forest di Stamford Bridge malam ini.

Ia selepas The Blues menampilkan aksi bertahan yang kurang memberangsangkan apabila melepaskan dua gol ketika menewaskan Gent 4-2 pada perlawanan sulung Liga Konferens Europa musim ini.

Justeru, Maresca berharap pemain-pemainnya dapat memastikan benteng pertahanan juga tidak mudah ditembusi bagi memastikan ia seimbang dengan ketajaman jentera serangan di bahagian hadapan.

“Setakat beberapa perlawanan musim ini, kami menampilkan aksi cukup baik, terutamanya di bahagian serangan. Bagi saya, ia berjalan seperti dirancang dan saya sangat gembira dengan perkembangan ini.

“Saya juga beberapa kali mengatakan bahawa di samping memberi fokus terhadap usaha menjaringkan gol, kami juga tidak boleh leka dan perlu memastikan benteng pertahanan sentiasa berada dalam keadaan teratur,” katanya.

Meskipun Chelsea masih berdepan masalah di bahagian pertahanan, namun beliau tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap barisan pemainnya untuk memperbaiki kelemahan itu dalam masa terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI