fbpx

EPL: Chelsea, United kempunan kutip tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN tengah Chelsea, Joao Felix tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas sekadar mengutip satu mata bertemu Forest. - AFP

LONDON – Hasrat Chelsea untuk meraih tiga mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Nottingham Forest di Stamford Bridge sebentar tadi.

Beraksi menentang Forest yang memiliki rekod pertahanan cukup baik musim ini nyata memberi kesukaran kepada The Blues apabila bergelut untuk menjaringkan gol pembukaan biarpun menguasai sepenuhnya permainan.

Pada separuh masa pertama, Chelsea beberapa kali melakukan gerakan berbahaya, terutamanya menerusi trio serangan, iaitu Nicolas Jackson, Cole Palmer dan Noni Madueke, namun menemui jalan buntu.

Forest juga beberapa kali mengancam pintu gol The Blues menerusi serangan balas pantas yang dilakukan, namun keputusan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah sedikit tersentak apabila Forest menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Chris Wood yang menampan masuk bola hasil tandukan Nikola Milekonvic pada minit ke-50.

Bagaimanapun, Chelsea tidak menunggu lama apabila berjaya meledak gol penyamaan tujuh minit kemudian menerusi jaringan Noni Madueke selepas dia menggelecek beberapa pemain pertahanan Forest dan melepaskan rembatan.

Serangan skuad kendalian Enzo Maresca semakin menggila selepas Forest terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengah, James Ward-Prowse dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-78.

Memasuki masa kecederaan, aksi semakin panas apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun beberapa percubaan berbahaya yang mampu menghasilkan gol kemenangan dinafikan penjaga gol masing-masing sebelum perlawanan tamat dengan 1-1.

Sementara itu, dalam aksi berasingan, Manchester United terus kempunan untuk mencatat kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Aston Villa di Villa Park.

Keputusan itu sekali gus memberi tekanan kepada pengurus, Erik ten Hag yang masa depannya dilaporkan berada dalam bahaya ekorang aksi mengecewakan ditampilkan The Red Devils sepanjang musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI