fbpx

Cuaca lembap, hujan di beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca lembap di beberapa negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, keadaan hujan lebat berserta ribut petir kini sedang berlaku melibatkan bahagian pedalaman negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan di utara negeri Pahang.

Katanya keadaan itu dijangkakan masih lagi berterusan sehingga ke malam nanti.

“Justeru, orang awam di kawasan yang terlibat diminta untuk lebih berhati-hati dan juga sentiasa peka dengan segala amaran dikeluarkan MetMalaysia dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu katanya, tinjauan cuaca semasa menunjukkan keadaan hujan yang berlaku sejak pagi tadi melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor kini sudah mula beransur reda dan dijangka akan reda sepenuhnya dalam sedikit masa lagi.

“Selain itu, keadaan hujan yang berlaku melibatkan daerah Hulu Selangor dan Gombak juga dijangka boleh beransur reda dalam tempoh satu ke dua jam sahaja.

“Di negeri Sabah dan Sarawak pula, keadaan cuaca lembap ketika ini sedang berlaku hampir di kesemua bahagian dan keadaan itu dijangka boleh berterusan sehingga ke malam nanti terutamanya melibatkan bahagian pedalaman dan juga Utara Sarawak serta di bahagian Tawau, Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, di Semenanjung Malaysia keadaan cuaca lembap akan lebih tertumpu melibatkan bahagian utara dan timur Semenanjung pada malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI